Memaparkan catatan dengan label PDF Worksheets. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PDF Worksheets. Papar semua catatan

Mengenali Suku Kata

Suku kata ialah bahagian kecil dalam suatu perkataan yang terdiri daripada huruf konsonan dan vokal. 

Contohnya:

ba - j=    baju 

- kan  =   ikan

s- t =   satu

Isikan tempat kosong dengan suku kata yang betul.







Kata Hubung

Kata Hubung

Apa Itu Kata Hubung?

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan kata, frasa, atau ayat. Kata hubung membantu membentuk ayat yang lebih lengkap dan tersusun dengan baik.



Contoh Kata Hubung

Saya suka makan nasi dan mi goreng.

Dia ingin ke taman tetapi hujan turun.

Saya tidak keluar kerana saya sakit.

Dia belajar bersungguh-sungguh supaya lulus peperiksaan.


Pentingnya Kata Hubung

✅ Membantu membina ayat yang lebih jelas dan tersusun.

✅ Memudahkan pemahaman dalam penulisan dan pertuturan.

✅ Menghubungkan idea dengan lebih berkesan.

Dengan memahami dan menggunakan kata hubung dengan betul, penulisan dan komunikasi akan menjadi lebih lancar dan menarik! 😊


Latihan

Tuliskan kata hubung yang sesuai.


1. Jamil, Kamal Muthu _______ ( atau, dan) Kam Ceng sedang menonton filem.

 

2. Rumah itu sangat besar _______ ( tetapi, sambil ) sudah buruk.


3. Cikgu masuk kedalam kelas _______ ( lalu, sambil ) memanggil nama Ramli.


4. Kasut Siti kotor _______ ( tetapi, kerana ) terpijak lumpur.


5. Halim tidak tahu hendak memilih topi merah _______ (dan, atau ) topi biru.


6. Manaf mengayuh basikal _________( sambil, dan ) berangan-angan.


7. Budak itu gemuk _________ ( kerana, tetapi ) sangat rajin.


8. Kucing itu berlari _________ ( tetapi, sambil ) menolak bola kecil itu dengan kakinya.


9. Adik sedang berfikir hendak memetik bunga raya ________ ( atau, dan ) bunga kenanga.


10. Lili tidak hadir ke sekolah ________ (lalu, kerana ) neneknya meninggal dunia.


Bina ayat dengan kata hubung di bawah.


1.    dan
2.    tetapi
3.    sambil
4.    lalu
5.    kerana
6.    atau

Kata Nama Am

Kata Nama Am ialah kata nama yang merujuk kepada orang, haiwan, benda, dan tempat secara umum. Kata nama ini tidak merujuk kepada nama khas atau spesifik dan biasanya ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.

Contoh Kata Nama Am:

  • Orang → guru, doktor, pelajar
  • Haiwan → kucing, harimau, burung
  • Benda → buku, kerusi, telefon
  • Tempat → sekolah, taman, pasar

Kata nama am digunakan dalam ayat untuk menyatakan sesuatu secara umum, contohnya:
📌 Adik sedang membaca buku.
📌 Rumah itu besar.

Muat turun kertas lembaran Kata Nama Am.











Jadual Sekolah Sesi Persekolahan Tahun 2024/2025

Jadual Sekolah Sesi Persekolahan Tahun 2024/2025

Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 

Kumpulan A iaitu sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.


Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 

Kumpulan B iaitu sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Takwim Persekolahan & Tarikh Cuti Penggal Sesi Persekolahan 2025/2026

Kumpulan A

Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Cuti Penggal 1: 29 Mei – 9 Jun 2025

Cuti Penggal 2: 12 September – 20 September 2025

Cuti Akhir Persekolahan: 19 Disember 2025 – 10 Januari 2026


Kumpulan B

Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Cuti Penggal 1: 29 Mei – 9 Jun 2025

Cuti Penggal 2: 13 September – 21 September 2025

Cuti Akhir Persekolahan: 20 Disember 2025 – 11 Januari 2026


Kalendar Cuti Perayaan Sesi 2025/2026 untuk Sekolah-Sekolah Malaysia


Hari Kelepasan Am Persekutuan 2025




Mahir Membaca KvK KvKv

Kad bacaan KvK KvKv sesuai untuk murid mengenali suku kata dan mula membaca. Guna kad bacaan ini untuk membaca dan mengenali ayat mudah.















Kad Imbasan Suku Kata KVKV

Suku kata adalah satu ujaran terkecil daripada sesuatu perkataan. Setiap perkataan biasanya akan mengandungi sekurang-kurang satu vokal dan satu konsonan. Kad Imbasan Suku Kata KVKV atau Flashcards sesuai digunakan di prasekolah atau di peringkat awal bacaan. 

Muat turun di sini dan gunakan kad bacaan ini di sekolah atau di rumah. Set Kad Imbasan Suku Kata KVKV ini mengandugi perkataan bermula dengan konsonan b.











Kata Sendi Nama


Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama ialah perkataan yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tertentu. 

Contoh Kata Sendi Nama ialah di, kepada, dari, daripada, ke, untuk, demi, tentang, dengan, akan dan pada.

Cuba lihat contoh penggunaan Kata Sendi Nama dalam ayat:
  1. Saya belajar di Sekolah Ayer Molek.
  2. Awak berasal dari mana?
  3. Mei Lin datang dari China.
  4. Abang menggunakan penyapu untuk menyapu sampah.
  5. Kucing tidur di bawah meja.

Senarai Kata Sendi Nama

di                dari            daripada            dengan          tentang        
kepada        bagi           demi                  sejak             semenjak     
ke                pada          dan                    untuk            terhadap 
hingga        sampai       antara                akan                
    


Soalan Matematik Tahun 1 Pertengahan dan Akhir Tahun


Latihan Pengukuhan, Ujian bulanan, Peperiksaan pertengahan dan akhir tahun digunakan untuk menilai atau menguji prestasi penguasaan murid-murid dapat mencapai matlamat kurikulum standard sekolah rendah yang telah dipelajari sepanjang tahun akademik.

Ujian Tahun 1 DLP


Ujian Pentaksiran Bulan Ogos Tahun 1


Ujian Penilaian Pertengahan 2021 - Matematik Tahun 1



Kuiz Matematik Tahun 1




Penilaian Akhir Tahun Matematik Tahun 1

Penilaian Akhir Tahun, an interactive worksheet by suetiey
liveworksheets.com


Odd Numbers to 20

An odd number is a number that cannot be divided into two equal groups. Example of odd numbers are 1, 3, 5, 7 and etc. In this worksheet, students get to identify odd numbers to 20 and color them. Download PDF this worksheet.

An odd number is a number that cannot be divided into two equal groups. Example of odd numbers are 1, 3, 5, 7 and etc. In this worksheet, students get to identify odd numbers to 20 and color them.


Kata Adjektif Tahun 1 dan 2


Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama am iaitu benda, perkara, tempat atau orang. Kata Adjektif juga dikenali sebagai Kata Sifat.

Contoh kata adjektif - besar, kecil, pendek, tinggi, tebal, cantik.

Contoh ayat: 
Itu pen hitam.
Pen ialah kata nama benda dan hitam ialah adjektif yang menyifatkan pen itu.
kata adjektif tatabahasa

Latihan Adjektif 1: 
Seretkan kata adjektif yang sesuai; panas, wangi, sedap, gemuk tinggi, sedih, sejuk, busuk, manis dan bengkok.


Latihan Adjektif 2: Kenali dan suaikan ayat dengan kata adjektif sifat yang betul:sihat, berani, cerdik, takut, lincah, garang licin, lemak, rajin dan cantik.


Latihan Adjektif 3: Pilih kata adjektif yang sesuai dan suaikan pada gambar yang betul.
Kenali kata adjektif berlawan; tebal - nipis, sedikit-banyak, kering -basah, besar-kecil dan tajam-tumpul.

Kata adjektif, an interactive worksheet by adzlinaramli2019
liveworksheets.com

Latihan Adjektif 4: 
Lengkapkan petikan dengan kata adjektif yang sesuai; bujur, bulat, bengkok dan lurus. Rujuk Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 pada mukasurat 48.


Latihan Adjektif 5: 
Memudahkan murid mengenal pasti kata adjektif berdasarkan gambar rajah.

Kata adjektif, an interactive worksheet by asvene96
liveworksheets.com

Latihan Adjektif 6: 
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

Kata Adjektif, an interactive worksheet by CgZarina1
liveworksheets.com

Latihan Adjektif 7: 
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai seperti; sayang, jinak, kelabu, bersih, kecewa, merdu, cantik, tebal, nyaman dan mewah.


Latihan Adjektif 8: 
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai seperti; tinggi, busuk, wangi, kecil, kurus dan gemuk.

Kata adjektif, an interactive worksheet by SPRAJ
liveworksheets.com

Matematik Tingkatan 2 Bab 1 Pola dan Jujukan

matematik tingkatan 2 pola dan jujukan

Bab 1 Pola dan Jujukan
Pola ialah aliran atau corak tertentu dalam senarai nombor atau objek.  Suatu pola dalam senarai nombor ditentukan dengan menambah, menolak, mendarab atau membahagi nombor sebelumnya manakala suatu pola dalam objek ditentukan dengan memerhati susunan objek  sebelumnya.  Manakala Jujukan ialah suatu set nombor atau objek  yang disusun mengikut suatu pola.
Matematik tingkatan 2, an interactive worksheet by wanna
liveworksheets.com




Kata Sendi Tahun 1, 2 dan 3




Kata Sendi ialah perkataan yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tertentu. 
Contoh Kata Sendi ialah di, kepada, dari, daripada, ke, untuk, demi, tentang, dengan, akan dan pada.

Cuba lihat contoh penggunaan Kata Sendi dalam ayat:
  1. Saya belajar di Sekolah Ayer Molek.
  2. Awak berasal dari mana?
  3. Mei Lin datang dari China.
  4. Abang menggunakan penyapu untuk menyapu sampah.
  5. Kucing tidur di bawah meja.
Lengkapkan ayat atau isikan tempat kosong dengan Kata Sendi yang betul.


Kata sendi, an interactive worksheet by MEILEAN
liveworksheets.com

Kata Sendi Nama, an interactive worksheet by MEILEAN
liveworksheets.com

BM T1 Kata Sendi Nama 04, an interactive worksheet by BBZ
liveworksheets.com

BM T1 Kata Sendi Nama 05, an interactive worksheet by BBZ
liveworksheets.com

BM T1 Kata Sendi Nama 03, an interactive worksheet by BBZ
liveworksheets.com

Membantu Ibu, an interactive worksheet by CikguAkmalskl1
liveworksheets.com

Jadual Sekolah Sesi Persekolahan Tahun 2023/2024

Jadual Sekolah Sesi Persekolahan Tahun 2023/2024

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 

Kumpulan A iaitu sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 

Kumpulan B iaitu sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 Kumpulan B

Kalendar Cuti Perayaan Sesi 2023/2024 untuk Sekolah-Sekolah Malaysia

Ulangkaji Matematik Tingkatan 1

 





Latihan Sains Tingkatan 1

 


Sains mempengaruhi sebahagian daripada kehidupan seharian kita.



Kemahiran Proses Sains, an interactive worksheet by Fizlittle
liveworksheets.com