Memaparkan catatan dengan label Bahasa Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahasa Melayu. Papar semua catatan

Mengenali Suku Kata

Suku kata ialah bahagian kecil dalam suatu perkataan yang terdiri daripada huruf konsonan dan vokal. 

Contohnya:

ba - j=    baju 

- kan  =   ikan

s- t =   satu

Isikan tempat kosong dengan suku kata yang betul.







Kata Hubung

Kata Hubung

Apa Itu Kata Hubung?

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan kata, frasa, atau ayat. Kata hubung membantu membentuk ayat yang lebih lengkap dan tersusun dengan baik.



Contoh Kata Hubung

Saya suka makan nasi dan mi goreng.

Dia ingin ke taman tetapi hujan turun.

Saya tidak keluar kerana saya sakit.

Dia belajar bersungguh-sungguh supaya lulus peperiksaan.


Pentingnya Kata Hubung

✅ Membantu membina ayat yang lebih jelas dan tersusun.

✅ Memudahkan pemahaman dalam penulisan dan pertuturan.

✅ Menghubungkan idea dengan lebih berkesan.

Dengan memahami dan menggunakan kata hubung dengan betul, penulisan dan komunikasi akan menjadi lebih lancar dan menarik! 😊


Latihan

Tuliskan kata hubung yang sesuai.


1. Jamil, Kamal Muthu _______ ( atau, dan) Kam Ceng sedang menonton filem.

 

2. Rumah itu sangat besar _______ ( tetapi, sambil ) sudah buruk.


3. Cikgu masuk kedalam kelas _______ ( lalu, sambil ) memanggil nama Ramli.


4. Kasut Siti kotor _______ ( tetapi, kerana ) terpijak lumpur.


5. Halim tidak tahu hendak memilih topi merah _______ (dan, atau ) topi biru.


6. Manaf mengayuh basikal _________( sambil, dan ) berangan-angan.


7. Budak itu gemuk _________ ( kerana, tetapi ) sangat rajin.


8. Kucing itu berlari _________ ( tetapi, sambil ) menolak bola kecil itu dengan kakinya.


9. Adik sedang berfikir hendak memetik bunga raya ________ ( atau, dan ) bunga kenanga.


10. Lili tidak hadir ke sekolah ________ (lalu, kerana ) neneknya meninggal dunia.


Bina ayat dengan kata hubung di bawah.


1.    dan
2.    tetapi
3.    sambil
4.    lalu
5.    kerana
6.    atau

Kata Nama Am

Kata Nama Am ialah kata nama yang merujuk kepada orang, haiwan, benda, dan tempat secara umum. Kata nama ini tidak merujuk kepada nama khas atau spesifik dan biasanya ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.

Contoh Kata Nama Am:

  • Orang → guru, doktor, pelajar
  • Haiwan → kucing, harimau, burung
  • Benda → buku, kerusi, telefon
  • Tempat → sekolah, taman, pasar

Kata nama am digunakan dalam ayat untuk menyatakan sesuatu secara umum, contohnya:
📌 Adik sedang membaca buku.
📌 Rumah itu besar.

Muat turun kertas lembaran Kata Nama Am.











Mahir Membaca KvK KvKv

Kad bacaan KvK KvKv sesuai untuk murid mengenali suku kata dan mula membaca. Guna kad bacaan ini untuk membaca dan mengenali ayat mudah.















Kad Imbasan Suku Kata KVKV

Suku kata adalah satu ujaran terkecil daripada sesuatu perkataan. Setiap perkataan biasanya akan mengandungi sekurang-kurang satu vokal dan satu konsonan. Kad Imbasan Suku Kata KVKV atau Flashcards sesuai digunakan di prasekolah atau di peringkat awal bacaan. 

Muat turun di sini dan gunakan kad bacaan ini di sekolah atau di rumah. Set Kad Imbasan Suku Kata KVKV ini mengandugi perkataan bermula dengan konsonan b.