Memaparkan catatan dengan label 2025. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2025. Papar semua catatan

Mengenali Suku Kata

Suku kata ialah bahagian kecil dalam suatu perkataan yang terdiri daripada huruf konsonan dan vokal. 

Contohnya:

ba - j=    baju 

- kan  =   ikan

s- t =   satu

Isikan tempat kosong dengan suku kata yang betul.







Kata Hubung

Kata Hubung

Apa Itu Kata Hubung?

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan kata, frasa, atau ayat. Kata hubung membantu membentuk ayat yang lebih lengkap dan tersusun dengan baik.



Contoh Kata Hubung

Saya suka makan nasi dan mi goreng.

Dia ingin ke taman tetapi hujan turun.

Saya tidak keluar kerana saya sakit.

Dia belajar bersungguh-sungguh supaya lulus peperiksaan.


Pentingnya Kata Hubung

✅ Membantu membina ayat yang lebih jelas dan tersusun.

✅ Memudahkan pemahaman dalam penulisan dan pertuturan.

✅ Menghubungkan idea dengan lebih berkesan.

Dengan memahami dan menggunakan kata hubung dengan betul, penulisan dan komunikasi akan menjadi lebih lancar dan menarik! 😊


Latihan

Tuliskan kata hubung yang sesuai.


1. Jamil, Kamal Muthu _______ ( atau, dan) Kam Ceng sedang menonton filem.

 

2. Rumah itu sangat besar _______ ( tetapi, sambil ) sudah buruk.


3. Cikgu masuk kedalam kelas _______ ( lalu, sambil ) memanggil nama Ramli.


4. Kasut Siti kotor _______ ( tetapi, kerana ) terpijak lumpur.


5. Halim tidak tahu hendak memilih topi merah _______ (dan, atau ) topi biru.


6. Manaf mengayuh basikal _________( sambil, dan ) berangan-angan.


7. Budak itu gemuk _________ ( kerana, tetapi ) sangat rajin.


8. Kucing itu berlari _________ ( tetapi, sambil ) menolak bola kecil itu dengan kakinya.


9. Adik sedang berfikir hendak memetik bunga raya ________ ( atau, dan ) bunga kenanga.


10. Lili tidak hadir ke sekolah ________ (lalu, kerana ) neneknya meninggal dunia.


Bina ayat dengan kata hubung di bawah.


1.    dan
2.    tetapi
3.    sambil
4.    lalu
5.    kerana
6.    atau

Jadual Sekolah Sesi Persekolahan Tahun 2024/2025

Jadual Sekolah Sesi Persekolahan Tahun 2024/2025

Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 

Kumpulan A iaitu sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.


Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 

Kumpulan B iaitu sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Takwim Persekolahan & Tarikh Cuti Penggal Sesi Persekolahan 2025/2026

Kumpulan A

Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Cuti Penggal 1: 29 Mei – 9 Jun 2025

Cuti Penggal 2: 12 September – 20 September 2025

Cuti Akhir Persekolahan: 19 Disember 2025 – 10 Januari 2026


Kumpulan B

Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Cuti Penggal 1: 29 Mei – 9 Jun 2025

Cuti Penggal 2: 13 September – 21 September 2025

Cuti Akhir Persekolahan: 20 Disember 2025 – 11 Januari 2026


Kalendar Cuti Perayaan Sesi 2025/2026 untuk Sekolah-Sekolah Malaysia


Hari Kelepasan Am Persekutuan 2025