Ad Code

DSKP SEKOLAH RENDAH TAHUN 2




Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

----------------------------------------------------------

Pendidikan sekolah rendah adalah wajib bagi setiap anak warganegara yang menetap di Malaysia yang mencapai umur enam tahun pada hari pertama persekolahan bulan Januari.  Tempoh pendidikan sekolah rendah adalah enam tahun. Ibubapa yang gagal menunaikan tanggungjawab mereka dalam mendaftarkan anak ke sekolah rendah boleh disabitkan dengan kesalahan.

Matlamat pendidikan sekolah rendah bertujuan untuk melatih murid-murid supaya mempunyai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus belajar.  Murid-murid perlu berusaha membekalkan diri dengan pengetahuan dengan pelbagai sumber atau halaman yang sedia ada iaitu melalui guru, rakan, buku, laman internet dan sebagainya.

Objektif pendidikan sekolah rendah bertujuan membolehkan murid-murid:
  1. Memguasai bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
  2. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa penghantar sekolah.
  3. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam meyelesaikan masalah harian.
  4. Menguasai kemahiran belajar dan berfikir.
  5. Menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
  6. Membina daya kepimpinan dan keyakinan diri.
  7. Memperoleh dan menambah ilmu pengetahuan.
  8. Mempunyai kepekaan terhadap manusia dan alam.
  9. Menguasai kemahiran sains dan teknikal.
  10. Memahami dan menikmati aktiviti kesenian dan rekreasi.
  11. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
  12. Menguasai kemahiran keusahawan dan produktiviti.
  13. Menguasai kemahiran pengertian al-Quran.
  14. Membina semangat patriotisme.
  15. Mengembangkan bakat dan kreativiti.
  16. Mengamalkan sikap dan amalan murni.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah dilaksanakan berpandukan enam aspek iaitu:
  1. Komunikasi
  2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
  3. Kemanusiaan
  4. Keterampilan diri
  5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
  6. Sains dan Teknologi
Pembelajaran dan pengalaman persekolahan berpandukan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dapat melahirkan murid yang mempunyai kebolehan berkomunikasi, mampu bersosialisasi dengan yakin, mampu menghadapi cabaran, murid yang boleh menyelesaikan masalah dan mempunyai keinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran seterusnya.

-----------------------------------------------------------
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah

Berikut adalah senarai DSKP untuk Tahun 2 Sekolah Kebangsaan (SK)



-----------------------------------------------------------



DSKP Sekolah Rendah Tahun 2

DSKP Sekolah Rendah Tahun 3

DSKP Sekolah Rendah Tahun 4

DSKP Sekolah Rendah Tahun 5

DSKP Sekolah Rendah Tahun 6

DSKP Sekolah Menengah

-----------------------------------------------------------

Di sini anda boleh menggunakan pautan yang disediakan untuk membuka buku-buku teks digital KSSR Tahun 1 hingga 6 untuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Buku-buku teks sekolah ini diterbitkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah iaitu KSSR.

Dengan adanya buku teks digital di dalam format pdf, membolehkan murid-murid membuat pembelajaran di rumah. Ibu bapa boleh menolong membuka buku-buku teks digital melalui peranti mudah alih dan membimbing anak mereka dalam pembelajaran di rumah.

Download buku teks digital untuk sekolah rendah mengikut tahun pembelajaran.









Catat Ulasan

0 Ulasan